Sejarah Grand Prix Abu Dhabi

Grand Prix pertama

Grand Prix Abu Dhabi yang pertama dimenangi oleh Sebastian Vettel, dari pasukan Red Bull Racing.

Grand Prix 2010

Bagi musim 2010, Grand Prix Abu Dhabi diadakan di Litar Yas Marina. Perlumbaan tersebut berlangsung pada 14 November 2010. Sebastian Vettel memenangi perlumbaan ini, dan berjaya merangkul Kejuaraan Dunia Formula Satu pertama beliau, sekaligus menjadi pemandu termuda untuk memenangi kejohanan tersebut.

Grand Prix 2011

Grand Prix Abu Dhabi 2011 merupakan perlumbaan yang ke-18 dan kedua terakhir dalam musim 2011. Perlumbaan tersebut berlangsung pada 13 November.

Perlumbaan tersebut dimenangi oleh Lewis Hamilton, dari pasukan McLaren-Mercedes. Fernando Alonso mendapat tempat kedua, dari pasukan Ferrari. Jenson Button mendapat tempat ketiga, dari pasukan McLaren. Pemandu Red Bull-Renault, Sebastian Vettel, mendapat petak pertama, namun bersara pada pusingan pertama selepas tayar keretanya pancit apabila melalui selekoh kedua.

Grand Prix 2012

Pendahulu kejuaraan, Sebastian Vettel, menamatkan perlumbaan di tempat ketiga selepas beliau disingkirkan daripada pusingan kelayakan disebabkan keretanya tidak mempunyai bahan api yang secukupnya untuk kembali ke parc fermé. Pesaing utama untuk kejuaraannya, Fernando Alonso, mendapat tempat kedua, di belakang pemandu Finland, Kimi Räikkönen, yang memenangi perlumbaan pertamanya sejak beliau kembali ke Formula Satu pada awal tahun 2012.